UMNO Terajui BN Bawa Kejayaan Untuk Malaysia – Najib

KUALA LUMPUR – UMNO selaku tunjang Barisan Nasional (BN) dan kerajaan yang telah mentadbir negara ini sejak puluhan tahun telah membuktikan kejaguhannya dalam membawa kejayaan kepada Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Justeru, Presiden UMNO itu berkata, mana mungkin orang boleh mengatakan Malaysia sebagai ‘fail state’ atau pengemis di bawah kepimpinan beliau.

 

“Daripada hanya sebuah perdesaan dan perkampungan, tiada siapa dapat menjangka kini kita telah tumbuh dan muncul menjadi sebuah Bintang Timur yang bergemerlapan bukan sahaja di rantau ini, bahkan di seantero dunia,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya yang bertemakan ‘UMNO: Menyempurnakan Sebuah Perjuangan’ semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

 

Najib turut melahirkan kesyukuran kerana lebih daripada 90 peratus perkara dalam Akujanji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, telah berjaya dikotakan dan ditunaikan kerajaan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.