Tony Hyung Minta Maaf Isu Hina Kerjaya Jururawat

Aktor kelahiran Hong Kong, Tony Hung menerima kritikan daripada peminatnya apabila dia menyifatkan pekerjaan jururawat sebagai kerjaya untuk golongan bawahan.

 

Menerusi laman sosial Facebook, Tony berkata, walaupun jururawat bukan kerjaya kelas atasan, mereka bertanggungjawab dalam membantu pesakit.

 

“Jururawat merupakan pekerjaan berstatus rendah dalam kalangan masyarakat. Tetapi, kerjaya mereka sama penting dengan doktor iaitu merawat dan menyelamatkan pesakit,” katanya.

 

Peminatnya kemudian mempersoalkan pemilihan perkataan yang digunakan Tony dan menggesa pelakon drama bersiri Angel In The Making itu untuk berhati-hati ketika menyuarakan pendapat pada masa akan datang.

 

Selepas menerima kritikan daripada peminat, Tony mengambil keputusan untuk menjernihkan keadaan dan meminta maaf.

 

“Niat utama saya menulis status tersebut adalah untuk memberitahu tugas seorang jururawat adalah sama penting dengan doktor.

 

“Jururawat seharusnya dipandang tinggi oleh masyarakat. Itu yang ingin saya katakan. Saya mungkin tidak pandai menyusun kata dan ramai kenalan daripada bidang perubatan telah berkecil hati. Saya harap anda semua menerima maaf saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.