Tauke Mahu Jemput Bekas-Bekas Isteri Ke Majlis Kahwinnya

Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 39, memberitahu, dia berhasrat mahu mengundang bekas-bekas isterinya ke majlis perkahwinannya nanti.

 

Memetik laporan Mangga online, Taukeh berkata, sebelum ini memang dia tidak berhubung dengan bekas isteri pertama namun  dia sudah berbaik-baik dengan wanita tersebut baru-baru ini sekaligus dia dapat berhubung anak-anaknya.

 

“Kami baik-baik sahaja. Mana tahu mungkin saya akan jemput bekas-bekas isteri ke majlis perkahwinan saya nanti,” komennya.

 

Tauke pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunya enam orang anak hasil hubungan dengan isteri pertama dan kedua.

 

Beliau berkahwin dengan isteri ketiga pada 2012 namun hubungan itu juga tidak bertahan lama.

 

Pada 6 Disember lalu, Tauke mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Nadia, 26, yang merupakan kenalannya selama empat tahun.

 

Mereka merancang untuk berkahwin pada Disember tahun hadapan namun tidak menolak jika jodoh dipercepatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.