Perwakilan UMNO Rayu Tun Mahathir Bantu Parti

KUALA LUMPUR – Perwakilan UMNO dari wakil Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menyelesaikan masalah dengan cara paling baik dan tidak menimbulkan sebarang permasalahan di dalam parti.

 

Beliau turut meminta Tun Mahathir supaya tidak mengaibkan Presiden parti bagi memastikan kejayaan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.

 

“Kami semua sayangkan Tun. Tun…saya minta Tun, selesaikanlah masalah dengan cara elok. Mai Tun.. duduk, kalau ada masalah dengan presiden, pergilah dalam bilik bertumbuklah dua orang dalam tu. Tapi jangan aibkan presiden. Kita nak buat kerja di bawah, kita nak buat kerja untuk pilihan raya.

 

“Mai tolong kami. Jangan dok balun Presiden, ungkit isu 1MDB lagi. Presiden dah kata, dah cerita.. dah habis semua dah. Apa lagi yang tak puas hati?,” katanya ketika membahaskan usul di Perhimpunan UMNO 2015 hari ini.

 

Dalam perkembangan sama, perwakilan itu turut meminta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin supaya terus menyokong dan membantu Presiden sebagai satu pasukan yang setia demi parti dan kemenangan Pilihan Raya Umum akan datang.

 

“Timbalan Presiden, kami sayangkan Presiden. Bantulah Presiden,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.