Padah Layan Bekas Model Filem Lucah Dalam Kokpit

Kuwait – Padah membawa masuk dan melayan seorang bekas model filem lucah dan rakannya di dalam kokpit semasa penerbangan  sebuah pesawat Trans-Atlantik, seorang juruterbang pesawat terbabit telah dibatalkan lesen penerbangan, lapor portal Al-Jarida, hari ini.

 

Menurut Menteri Komunikasi dan Menteri Dalam Negeri Hal Ehwal Perbandaran, Issa Al-Kanderi, juruterbang terbabit diturunkan pangkat sebagai pembantu.

 

Model itu, Chloe Mafia atau lebih dikenali sebagai Chloe Khan dikenali selepas muncul dalam sebuah program pencarian bakat, X- Factor UK.

 

Bagaimanapun, pada 2010, Chloe disingkirkan daripada program tersebut selepas didakwa terlibat dalam pengedaran dadah dan menjadi gadis peneman (escort). Namun, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

 

Terdahulu, dalam sebuah rakaman video yang ditonton oleh Al Arabiya, Chloe dilihat merakam gambar sendiri atau mengambil ‘selfie’ di dalam kokpit, sebelum memuat naik ke akaun media sosial rasmi miliknya.

 

Menerusi akaun Facebooknya itu, Chloe berkongsi kepada peminatnya beberapa kejadian yang berlaku di dalam kokpit, tetapi beliau memberi penerangan penuh kepada sebuah portal tabloid, Daily Star.

 

Menurut Chloe, “kapten telah menghisap 40 batang rokok sepanjang perjalanan, sang The Lion King’s Hakuna Matata dan Toni Braxton’s Unbreak My Heart.”

 

Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pelancong yang memasuki kokpit, manakala juruterbang yang didapati merokok di dalam kokpit akan dibatalkan lesen mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.