Najib Berhak Dapat Pujian – Khairy

Kuala Lumpur – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berhak mendapat pujian di atas kejayaan UMNO dalam mentadbir negara.

 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, selaku Presiden parti dan juga Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membawa Malaysia menuju negara maju sekali gus mencapai kejayaan sedia ada.

 

“Dia pemimpin UMNO dan juga Presiden UMNO. Apa sahaja kejayaan yang UMNO atau kerajaan nikmati semasa beliau menjadi Presiden dan Perdana Menteri serta pemimpin kanan UMNO, dia berhak dan bertanggungjawab untuk itu (dikredit)” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir.

 

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Najib bagaimanapun dilihat tidak pernah membangga diri bahawa semua kejayaan yang diperolehi hari ini adalah hasil usaha beliau sahaja.

 

Terdahulu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Naib Tun Razak tidak seharusnya mengambil kredit atas kejayaan UMNO melahirkan ramai anak-anak Melayu yang berjaya di serata dunia untuk memuji diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.