MAHB Kenal Pasti Pemilik Misteri 3 Pesawat Boeing Di KLIA

Sepang – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengenal pasti pemilik misteri tiga pesawat Boeing 747-200F yang ditinggalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala (KLIA).

 

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata MAHB cuba menghubungi pemilik pesawat itu namun sukar untuk mengesan mereka kerana beberapa panggilan tidak dijawab.

 

“Pesawat itu masih berada dalam pajakan dengan beberapa pemilik… Kami telah mengenal pasti pemilik pesawat. Kita tahu pemiliknya dan kesemuanya berdaftar.

 

“Setiap kapal terbang mempunyai pemilik tetapi sukar untuk mengesan mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran British Airways Boeing 787-9 Dreamliner ke KLIA.

 

Badlisham tidak berkongsi butir-butir pemilik tiga pesawat B747.

 

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pesawat tidak dimiliki oleh syarikat penerbangan negara – Malaysia Airlines Bhd (MAB).

 

“Pesawat itu bukan milik MAB. Jika milik MAB, mereka akan bertindak kerana kapal terbang menjadi aset kepada mereka,” katanya sambil menambah bahawa MAHB memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

 

Selasa lalu, iklan MAHB disiar di akhbar-akhbar tempatan – The Star dan Sin Chew Daily – bagi mencari pemilik tiga pesawat B747 yang diletakkan di KLIA selama lebih setahun.

 

“Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini, kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat itu,” kata iklan.

 

Berdasarkan pemeriksaan The Rakyat Post di Internet, pemilik terakhir pesawat adalah Air Atlanta Iceland.

 

Bagaimanapun dalam jawapan mereka kepada The Star, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Iceland menafikan mereka pemilik tiga pesawat tersebut.

 

Kata mereka, pesawat tersebut telah dikembalikan kepada pemilik dan telah dibatalkan oleh Pejabat Pendaftaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iceland.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.