KJ Rayu Muhyiddin Jangan Minta ‘Cerai’

Kuala Lumpur – Pergerakan Pemuda Umno mahu dua pemimpin utama parti itu, Presiden Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mencari titik pertemuan dan kembali bersatu dalam satu pasukan.

 

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, dalam mana-mana organisasi, pemimpin nombor satu dan dua kena jalan seiring dan bersatu seperti yang dilakukannya dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

 

“Kita beri sokongan Pemuda kepada Presiden Umno. Betapa terhormat kita apabila Timbalan Presiden masuk, kita beri penghormatan. Maksudnya kita sayang pemimpin-pemimpin kita.

 

“Sebab itu pada hari ini kita terima penjelasan bapa kita yang dibuat semalam penjelasan yang cukup jelas dari hati Presiden.

 

“Dan kita merayu ibu kita, Timbalan Presiden, janganlah sampai cerai dan merobohkan rumah Umno ini,” katanya ketika menggulung ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

 

Telasnya, jika ada pihak yang terus cuba melaga-lagakan kepimpinan parti dan tidak mahu bersatu di dalam parti, Pemuda Umno sendiri akan minta mereka keluar daripada parti itu.

 

“Jangan ada musuh dalam selimut. Kalau ada yang tidak mahu buat baik, tidak mahu bersama, Pemuda sendiri akan bangun bangkit dan minta mereka keluar daripada parti kita.

 

“Musuh diluar itu ditentang, bukan bertikam sesama sendiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.