KJ Mahu ‘Pukul’, Perokok Dalam Bangunan PWTC

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, dia tidak perasan mengenai masalah merokok di dalam dewan yang dihadirinya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Perhimpunan Agung Umno dan boleh membangkitkan kemarahannya jika mereka ditangkap olehnya berbuat demikian.

 

“Merokok di dalam bangunan? Saya tidak perasan pun, jika saya tahu mengenainya, saya akan pukul mereka,” katanya berseloroh pada sidang media selepas memberikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, di sini, hari ini.

 

Khairy berkata, mereka yang menghisap rokok harus mempamerkan cara dan sikap yang sesuai dan berkaitan dengan tabiat mereka serta menghormati peraturan dan undang-undang di kawasan itu.

 

“Jangan bagi contoh yang buruk, jika saya nampak mereka merokok, saya sendiri akan pukul mereka,” katanya secara bergurau.

 

Beliau menambah lagi, bahawa “

 

Larangan supaya tidak merokok di dalam PWTC pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diambil peduli oleh para perwakilan yang hadir ke perhimpunan berkenaan.

 

Tinjauan di sekitar PWTC mendapati, para perwakilan tetap merokok meskipun papan tanda larangan supaya mereka tidak berbuat demikian boleh dilihat di kebanyakan tempat.

 

Disebabkan bangunan itu menggunakan sistem pendingin hawa, sikap perokok-perokok berkenaan telah menyebabkan orang ramai terutama mereka yang tidak merokok sukar untuk bernafas.

 

Mengeruhkan lagi keadaan, para perwakilan turut menggunakan vape sekaligus menyebabkan lobi di sekitar Dewan Tun Dr Ismail dipenuhi dengan kepulan asap.

 

Masalah itu bukanlah masalah baru, malah, ia pernah dibangkitkan pada perhimpunan agung tahun lepas.

 

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, Ketua Penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan telah menasihatkan perwakilan supaya merokok di kawasan ditetapkan.

 

“Saya akan membuat pengumuman untuk mengingatkan mereka tidak merokok di kawasan awam,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.