Kesetiaan Muhyiddin Tidak Seperti Tun Ismail Di Zaman Tun Razak

Kuala Lumpur – Kekosongan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada Majlis Taklimat Presiden parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi nyata aneh dan petanda jelas ketidakserasian hubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Najib dalam temubual bersama akhbar The Star berkata, beliau nyata kecewa dengan tindakan Muhyiddin dan akhirnya memaksa beliau mengugurkan Timbalan Presiden UMNO itu dari barisan menteri kabinet.

 

Memberi analogi hubungan Presiden dan Timbalan Presiden antara Tun Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abd Rahman, Najib berkata kepercayaan Muhyiddin terhadapnya nyata berbelah bahagi.

 

Katanya, sewaktu Tun Razak mendapati dirinya dijangkiti leukaemia, hanya dua individu mengetahui perkara itu iaitu isteri Tun Razak dan Tun Ismail sendiri.

 

Walaubagaimanapunkata Najib, Tun Ismail meninggal dunia lebih awal dan rahsia tersebut dibawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu hingga ke liang lahad.

 

Tambahnya lagi, begitulah tingginya tahap kepercayaan antara Perdana Menteri dan orang kanannya pada ketika itu.

 

Sementara itu Najib Razak dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 hari ini mengingatkan supaya semua ahli UMNO perlu bersatu padu, termasuk Timbalan Presiden parti sebagai usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan parti.

 

Najib dalam ucapannya memetik Perlembagaan UMNO yang menyatakan peranan seorang Timbalan Presiden adalah untuk membantu tugas-tugas Presiden, selain perlu mengikut saluran yang betul dalam menyuarakan pandangan.

 

“Berbalik kepada situasi semasa UMNO, dimaktubkan dalam perlembagaan parti bahawa, amanah besar dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang Presiden, melalui fasal 9.8.1, adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.

 

“Manakala, fasal 9.8.2, dengan terang secara harafiahnya, memperincikan tanggungjawab dan amanah utama, bagi seorang Timbalan Presiden itu, fasalnya itu menyebut, “Timbalan Presiden membantu tugas-tugas Presiden.

 

“Manakala, bagi fasal 9.83 pula, tanggungjawab dan amanah Naib-naib presiden itu dinyatakan sebagai,… “Naib-Naib Presiden itu kerjanya membantu tugas-tugas Presiden,” kata Najib dipetik dalam ucapan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

 

Najib bagaimanapun tidak menyebut nama “Timbalan Presiden” itu, namun ia jelas ditujukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini memegang jawatan tersebut.

 

Sejak kebelakangan ini, Muhyiddin dilihat semakin lantang mengkritik kepimpinan Najib ekoran beberapa isu kontroversi termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Najib turut menyeru ahli-ahli UMNO supaya teguh berdiri dibelakangnya dan memegang dasar-dasar parti.

 

“Manakala, bagi fasal 9.83 pula, tanggungjawab dan amanah Naib-naib presiden itu dinyatakan sebagai,… Naib-Naib Presiden itu kerjanya membantu tugas-tugas Presiden”.

 

“Merujuk kepada ahli-ahli pula,… fasal 6.1.1 dan 6.2.1, antara intipatinya menyatakan bahawa, tanggungjawab dan hak “Ahli-Ahli UMNO” ialah memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya serta berhak mengemukakan pendapat kepada parti, tetapi mestilah melalui saluran yang betul,” katanya.

One thought on “Kesetiaan Muhyiddin Tidak Seperti Tun Ismail Di Zaman Tun Razak

  • December 11, 2015 at 7:48 am
    Permalink

    cakap baik baik lah … manis manis … duduk berunding dan tolak ansur… jangan jadi bengkeng… jangan lawan taukeh.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.