Kertas Siasatan Muhyiddin Diserah Kepada Lembaga Disiplin – Ku Nan

Kuala Lumpur – UMNO telah menghantar kertas siasatan berhubung kes Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Lembaga Disiplin parti.

 

Perkara itu disahkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila ditanya mengenai ucapan Muhyiddin di Kelab Sultan Sulaiman pada Isnin lepas.

 

“Saya telah hantar kertas siasatan kepada Lembaga Disiplin. Jadi kita tunggu sahaja,” katanya ketika ditemui media di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Khamis.

 

Mengulas mengenai ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan berkata, semua perkara utama telah disentuh.

 

“Apa yang penting, Presiden mahu kita semua bersolidriti bersatu, bersetia dan berkhidmat.

 

“Saya rasa mesej ini sudah sampai kepada perwakilan dan kita mahu pastikan bahawa satu lagi mesej sampai adalah untuk capai kemenangan di PRU 14,” katanya.

 

Beliau turut berkeyakinan bahawa perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO telah mendapat penjelasan mengenai segala tohmahan yang dibuat terhadap dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.