‘Itu UMNO, Bukan Pemimpin UMNO’- Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkreditkan kejayaan UMNO bukan kejayaan yang dibuat sebagai pemimpin yang menerajui parti itu.

 

Beliau meminta supaya Presiden tidak mengambil kredit kejayaan yang dilakukan oleh UMNO.

 

“Saya setuju dengan ucapannya bahawa UMNO yang telah berjaya majukan negara kita ini sehingga ada doktor dapat jadi pakar. Tapi janganlah ambil kredit kejayaan UMNO itu seolah-olah kejayaan kita sendiri.

 

“Itu UMNO, bukan pemimpin UMNO. Saya pun tak pernah ambil kredit,” katanya selepas mendengar ucapan Presiden di Dewan Merdeka, pagi tadi.

 

Terdahulu, nanyian ‘Inilah Barisan Kita’ daripada penyokong Tun Mahathir bergema di pintu keluar Dewan Merdeka. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.