Empat Pegawai Polis Berdepan Tindakan Tegas

Subang Jaya – Empat anggota polis berdepan tindakan tegas sekiranya siasatan mendapati ada unsur kecuaian susulan seorang suspek yang melarikan diri di Paya Jaras, Sungai Buloh, Isnin lalu.

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, seorang anggota polis berpangkat Inspektor dan tiga anggota detektif kini di siasat berhubung kejadian itu.

 

“Empat anggota polis itu masih disiasat dan sekiranya terbukti ada unsur kecuaian, tindakan tegas akan diambil.

 

“Operasi pencarian masih diteruskan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kawasan pencarian akan diperluaskan,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

 

Beliau menafikan kejadian tersebut melibatkan kerja orang dalam atau ada unsur sabotaj.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 34 tahun bersama seorang lagi anggota polis berada di dalam van sementara menunggu pegawai serta anggota lain sedang mengesan rakan suspek di kawasan Paya Jaras.

 

Suspek mempunyai 29 kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara Damai Sungai Buloh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.