Dayang Selesa Makan Di Medan Selera

Sejak kebelakangan ini penyanyi Dayang Nurfaizah, 33, dikatakan sering dilihat berada di tempat-tempat makan seperti medan selera yang dikunjungi orang ramai.

 

Pun begitu, segelintir pihak berpendapat Dayang tidak wajar berbuat demikian sebaliknya perlu menjaga nilai eksklusifnya dalam dunia seni.

 

Mengulas mengenai perkara tersebut, pelantun lagu Tak Pernah Menyerah ini berkata, dia seorang yang mengamalkan cara hidup sederhana sama seperti orang lain.

 

Bahkan dia tidak meletakkan tarafnya seperti diva untuk berada di khalayak sebaliknya bersedia berada di mana-mana tempat dikunjungi kebanyakan orang.

 

Kerana ktu dia tidak punyai masalah untuk mengunjugi tempat-tempat yang biasa dikunjungi orang ramai kerana ia tidak menjejaskan nilai eksklusif seseorang artis.

 

“Tak salah makan di medan selera, saya seorang yang sederhana dan tidak cerewet dalam bab makanan. Saya boleh makan sahaja di mana-mana tempat yang ada makanan sedap.

 

“Kalau diikutkan saya lagi malas nak pergi makan di tempat-tempat istimewa yang mahal-mahal tu,” ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.