3.52 Juta Ahli UMNO Berdaftar Setakat 9 Disember

KUALA LUMPUR – UMNO ketika ini mencatatkan 3.52 juta ahli berdaftar setakat 9 Disember lalu.

 

Jumlah keahlian tersebut diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa membentangkan laporan tahunan parti itu pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

 

Daripada jumlah keahlian itu, UMNO ketika ini mempunyai 21,502 cawangan diseluruh negara.

 

“UMNO Bahagian Silam, Sabah mencatatkan bilangan tertinggi keahlian dengan 50,502 orang manakala peringkat ialah UMNO Cawangan Batu Putih Darat, Sabah yang tertinggi keahlian seramai 2,051 orang,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.