ONTARIO – Seorang pelajar Universiti Ontario mendedahkan telefon Samsung Galaxy Acenya meletup ketika dia sedang tidur.

Insiden itu yang berlaku pada bulan Oktober, hanya dapat liputan media Isnin, pada hari ia dilaporkan.

Hope Casserly berkata beliau dikejutkan pada jam 1.30 pagi pada 22 Oktober oleh bunyi ‘pop’ yang kuat di sebelah beliau, lapor CBC News.

“Telefon itu terletak di belakang saya dan saya dapat melihat cahaya letupan.  Kemungkinan besar bahagian dalam bateri telefon itu yang terbakar.

“Saya menyedari ia adalah api, jadi saya ambil bantal untuk memadamkannya, disebabkan masih wujud nyalaan api saya cuba memadamkannya sekali lagi dengan bantal lalu menghidupkan lampu untuk melihat apa yang berlaku,”tambah Casserly.

Telefon ini tidak dicas dan berada di atas tempat tidur Casserly, dengan skrin telefon menghadap ke atas.

Beliau segera menghubungi Samsung, dan hantar telefon itu ke Korea untuk menyiasat.

“Kami telah menyediakan pelanggan dengan peranti baru dan akan membuat susulan dengan pelanggan untuk menyelesaikan perkara itu,” kata-kata Samsung dipetik oleh CBC News.

Syarikat itu juga mendakwa bateri yang digunakan dalam telefon itu tidak tulen dan menggesa orang ramai menggunakan bateri yang tulen.

Bagaimanapun, Casserly, mahu Samsung bayar nilai kerugian sebanyak $ 1,000 bagi tilam dan peralatan tempat tidur yang rosak. -RakyatPost