‘Syukur, Tenang, Damai’ Dapat Reaksi Negatif

Kuala Lumpur – Pelayaran Islamik dengan tema ‘Syukur, Tenang, Damai’ mendapat banyak reaksi negatif dari orang ramai yang menggelarkan program tersebut sebagai menjual nama Islam demi keuntungan.

Penganjur rasminya, IntraTama Travel Consultant & Tours (IntraTama) bersama media rasmi Astro Beyond dan Astro Oasis menganjurkan beberapa siri pelayaran bermula 24 Ogos 2014 sehingga 15 April 2015.

Pelayaran lima siri yang menamakan sebut harga pakej daripada RM1,677 sehingga RM2,277 seorang itu, untuk pelayaran tiga hari dua malam, menimbulkan kemarahan majoriti pengguna laman sosial.

Di dalam laman sozcyili.blogspot.com, terdapat satu tulisan yang menjelaskan sebab punca kemarahan orang ramai terhadap program pelayaran ini.

“Kau buat pelayaran tersebut bermotifkan keuntungan. Kau nak berniaga. Cari rezeki. Dan kau sengaja selit2kan agenda keagamaan untuk tarik perhatian orang Islam yang bingai plus bengap tapi orang2 Islam neh banyak duit. Kau jemput penceramah2 popular. Depa semua kena bayar. Bukan percuma.

“Kau gila apa nak berhabis masa berhari-hari atas kapal dan mengajar percuma? Mestilah berbayar kot. Dan rasa bangga la sangat dapat berlayar dengan penceramah popular lepas tue berzikir lagi.. woww.. wiiii indahnya. Damainya. Ohh syukur nak mampos.. ,” (sic), memetik tulisan di dalam blog terbabit.

Turut melahirkan kekecewaan yang sama adalah pengguna laman sosial Facebook dengan nama ‘Komrad Haizal’ ekoran penetapan harga tinggi oleh penganjur berkenaan.

Beliau memuatnaik ‘screen shot’ perbualan Whatsapp bersama penganjur berkenaan dengan kapsyen ‘Orang miskin, ke nerakalah tempatnya’.

Pelayaran terbabit menampilkan penceramah terkemuka termasuk Ustaz Kazim Elias, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Imam Muda Asyraf, Prof Dr Muhaya dan beberapa penceramah lain lagi.

Dua siri pelayaran pada 24-27 Ogos 2014 dan 25-28 Januari 2015 yang menampikan Ustaz Kazim Elias sudah habis terjual.

Antara aktiviti pelayaran tersebut adalah tazkirah Subuh dan juga ceramah agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.