Najwa Mahiaddin Kini Bergelar Tunangan Orang

Putrajaya – Penyanyi Najwa Mahiaddin telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati, Idris Koh Keng Hui selepas solat Isyak pada malam Isnin.

Menurut laporan eksklusif portal Murai, majlis pertunangan Najwa atau nama sebenarnya Najwa Muhyiddin yang popular menerusi lagu ‘You’ve Got To Go’ itu telah berlangsung di kediaman keluarganya bertempat di Sri Satria, Putrajaya.

Najwa yang juga merupakan anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah bertunang dengan salah seorang daripada ahli muzik di dalam band iringannya.

Rombongan pihak lelaki telah menghantar tiga dulang berbalas lima daripada pihak perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.