Liverpool Tersingkir Daripada Saingan Liga Juara-Juara

GENEVA: Pasukan Liverpool terkeluar daripada saingan merebut kejuaraan Liga Juara-Juara selepas mencatatkan keputusan seri 1 – 1 dengan Basel di Anfield.

Bekas Juara sebanyak lima kali itu dilihat gagal memanfaatkan peluang keemasan sebaliknya Basel berjaya mendahului Liverpool pada minit ke-25 hasil sepakan Fabian Frei.

Gol sagu hati Liverpool dijaringkan pada lewat perlawanan oleh Steven Gerrard pada minit ke-81.

Dengan keputusan tersebut Liverpool terkeluar daripada saingan 16 pasukan terbaik yang mara ke pusingan seterusnya.

Ini merupakan kali kedua-dua berturut-turut pasukan kendalian Brendan Rodgers gagal menewaskan Basel menjadikan mereka pasukan tercorot dalam kumpulan B.

Sementara itu, Real Madrid merupakan Juara Kumpulan B selepas lima tahun tidak beraksi pada Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan awal pagi Rabu, Real Madrid mencatatkan kemenangan besar 4 – 0 ke atas Ludogorets (Bulgaria).

Madrid merupakan pasukan tunggal yang tidak pernah tewas dalam sebarang perlawanan. -mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.