KLUANG – Sebuah bas ekpres hangus terbakar di Kilometer 51.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Simpang Renggam, pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan lorong kiri ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Menurut Jurucakap Bomba, dua jentera bersama 11 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggan dan Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.45 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 7 pagi, sebuah bas sedang terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih disiasat. -RakyatPost