10 maut letupan bom dalam bas di selatan Filipina

Gambar File

MANILA: Jumlah kematian akibat letupan bom di dalam bas di selatan Filipina meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 orang manakala 34 lagi cedera, kata pegawai.

Pegawai Keselamatan Pekan Maramag, Alejandro Navarro, berkata ketika bas Rural Transit itu sedang dipandu melalui pintu utama Universiti Central Mindanao di Maramag malam tadi, satu letupan kuat menyebabkan serpihan melayang dan bertaburan.

Polis berkata letupan itu mengorbankan 10 penumpang dan mencederakan 34 lain yang kebanyakannya parah.

Navarro berkata bahan letupan disyaki dipasang di rak beg di bahagian atas di dalam bas terbabit, menyebabkan kebanyakan mangsa terdiri daripada penuntut cedera di kepala.

Pegawai polis, Rufina Bayarcal berkata pasukan penyiasat sedang berusaha mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan dan mencari bahan letupan lain yang mungkin dipasang di Maramag, kira-kira 860 kilometer di tenggara Manila. – AP

-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.