14 terkorban dalam siri serangan bom di Iraq

BAQUBA 10 Dis. – Sebuah kereta bom meletup berhampiran sebuah kafeteria dan satu lagi berhampiran balai polis telah mengorbankan 14 orang di Iraq ketika negara tersebut terus berhadapan keganasan berleluasa.

Dalam serangan Isnin lalu, sebuah kereta yang berisi bom meletup berhampiran kafe di Buhruz, kawasan majoriti Sunni membunuh 11 orang dan mencederakan 22 orang yang lain.

Satu lagi serangan berhampiran balai polis di Tarmiyah utara Baghdad mengorbankan tiga orang anggota Polis dan mencederakan sembilan yang lain.

Sejak kebelakangan ini, kumpulan militan sering menyerang beberapa kafeteria di negara ini yang menyasarkan kawasan sesak seperti pasar dan juga masjid walaupun dikawal ketat pasukan keselamatan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.