Ancaman Sulu belum berakhir, Azalina ikrar pertahan setiap inci kedaulatan Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ancaman Sulu terhaadap kedaulatan Malaysia masih belum berakhir dan ia akan terus dipertahankan, ini jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau malah memaklumkan, ada beberapa keputusan besar dijangka dalam beberapa minggu akan datang.

Menurut Azalina, biarpun kita telah mendapat keputusan yang memihak kepada Malaysia dalam Tuntutan Sulu di beberapa Mahkamah seperti di Mahkamah Luxembourg dan Mahkamah The Hague, ancaman terhadap kedaulatan kita masih belum berakhir.

“Kes Tuntutan Sulu ini akan didengar pula oleh Mahkamah di Paris pada 16 November 2023 dan Mahkamah di Madrid pula pada 11 Disember ini.

“Saya telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan peguam-peguam luar bagi membincangkan persediaan dan strategi seterusnya menghadapi perbicaraan akan datang,” katanya.

Azalina mengingatkan kepada pihak Sulu agar tidak sewenang-wenangnya mencabar kedaulatan Malaysia.

“Jangan cabar kedaulatan Malaysia.

“Kerajaan akan ambil segala tindakan pertahankan kedaulatan dan setiap inci tanah air kita daripada ancaman luar. Ini janji saya dan Kerajaan Malaysia,” ikrar beliau.

Pada 6 November lalu, Malaysia melakar kejayaan lagi selepas menang di Mahkamah Perancis dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu, sekali gus mematikan gerakan mereka untuk merampas aset diplomatik Kerajaan Malaysia.

Azalina Othman Said berkata pada 6 November lepas, Mahkamah Perancis telah membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh penuntut warga Filipina (Kumpulan Sulu).

Beliau berkata, mahkamah sama telah merekod penarikan balik oleh pihak penuntut warga Filipina bagi prosiding rampasan aset terhadap bangunan diplomatik Kerajaan Malaysia yang sama.

“Kesimpulannya keputusan pada 6 dan 9 November ini membolehkan keputusan membebaskan kerajaan Malaysia daripada cubaan tidak sah oleh warganegara Filipina itu untuk merampas aset diplomatik Malaysia di Perancis secara menyeluruh.

“… mereka gagal dalam menyentuh hak milik harta Malaysia dan kita tidak sama sekali boleh bersikap tolak ansur ke atas tuntutan tidak sah ini,” katanya.

Azalina berkata kesimpulannya keputusan pada 6 dan 9 November ini mematikan gerakan warga Filipina ini untuk merampas aset diplomatik kerajaan Malaysia di Paris.

“Kerajaan Malaysia sentiasa akan memastikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara secara menyeluruh dilindungi setiap masa oleh kerajaan Perpaduan Madani,” katanya.

Sementara itu Azalina dalam kenyataan berkata kemenangan Malaysia pada 6 Jun kepas dalam rayuan terhadap pelaksanaan apa yang dipanggil award separa mengenai bidang kuasa, membawa kepada penarikan balik langkah-langkah yang didaftarkan oleh Kesultanan Sulu (‘Pihak Menuntut’) yang telah lama tidak berfungsi terhadap bangunan diplomatik milik Malaysia di Paris, Perancis.

Beliau berkata Malaysia telah mencabar langkah-langkah itu atas alasan imuniti, khususnya imuniti premis diplomatiknya seperti yang diiktiraf di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

“Pada 6 November 2023, hakim penguatkuasa Paris membatalkan perintah ex parte terdahulunya yang membenarkan gadai janji berkanun didaftarkan di tiga bangunan diplomatik milik Malaysia di Paris.

“Hakim menetapkan ia tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan langkah sedemikian dan mengarahkan Pihak Menuntut membayar 15,000 euro kepada Malaysia sebagai kos,” katanya.

Azalina seterusnya berkata Pihak Menuntut mengesahkan bahawa mereka kini akan mengeluarkan gadai janji berkanun dan perintah kos itu adalah tambahan kepada perintah kos kesan buruk 100,000 euro yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Paris dalam keputusan 6 Jun yang memihak kepada Malaysia, yang telah menolak pengiktirafan anugerah separa bertarikh 25 Mei 2020 di Perancis.

Beliau berkata Malaysia sedang mengambil langkah yang perlu untuk memastikan kos kesan buruk itu juga dibayar secepat mungkin oleh Pihak Menuntut atau pembiaya litigasi mereka, Therium.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan anugerah terakhir, kumpulan Sulu dilaporkan telah cuba merampas aset syarikat petroleum Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda, serta menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan).

Pada 2019, kumpulan itu dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat