Rakyat Tetap Tertipu Walaupun Wan Saiful Mohon Maaf

KUALA LUMPUR – Rakyat hakikatnya telah tertipu sekalipun Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan membuat permohonan maaf, kata Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Ketua Penerangan UMNO itu berkata sewaktu menerajui PPTN, hujah-hujah Pakatan Harapan yang kononnya mahu melaksanakan polisi memulakan bayaran pinjaman pada tangga gaji RM4,000 sangat mustahil.

Jelasnya Barisan Nasional (BN) telah membuat kajian yang terdahulu terhadap pembayaran hutang dan mekanisme yang boleh diguna pakai atau sebaliknya.

“Saya nak bagitau Wan Saiful (Wan Jan), sejak dulu lagi iaitu sebelum kerajaan PH memerintah, Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sudah tahu sukar untuk melaksanakan polisi memulakan bayaran di tangga gaji RM4,000.

“PTPTN sudah lama mengkaji perkara ini. Ketika BN mengendalikan PTPTN kita sudah menghantar pegawai ke luar negara mengkaji pelbagai perkara termasuk cadangan ini. Jadi PTPTN sudah tahu ianya sukar kerana membebankannya.

“Jadi memang baik meminta maaf. Namun pelajar dan rakyat yang mengundi PH kerana mereka yang terpengaruh dengan janji PH tetap ditipu,”katanya menerusi kenyataan media.

Justeru itu tambahnya parti itu hanya melaksanakan polisi yang mampu dilakukan mengikut kemampuan dalam masa yang sama tidak mengabaikan kelompok dan golongan sasaran.

“Saya ingat pelbagai sesi Sidang Meja Bulat PTPTN lakukan dengan pelbagai pihak. Kita punyai banyak cadangan dan semua dikaji oleh PTPTN.

“Sebab itu, PTPTN semasa BN hanya laksanakan yang baik untuk semua rakyat sahaja kerana kita mahu menjaga semua kelompok dan golongan,”katanya lagi.

Wan Saiful dilaporkan secara terbuka memohon maaf kerana Pakatan Harapan gagal menepati janji menghapuskan pinjaman PTPTN.

Katanya, PTPTN telah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan, namun gagal.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.