Maszlee Tak Puas Hati Ditanya Tentang Jawatan UIAM

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengelak daripada menjawab mengenai statusnya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Malah beliau pada sidang medianya selepas merasmikan Majlis Konvokesyen UIAM ke-34 yang bermula hari ini, tidak berpuas hati ketika wartawan mengajukan soalan tentang laporan berita persetujuannya meninggalkan jawatan itu.

Maszlee dalam masa yang sama menggesa media agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai bahan berita.

“”Di mana you dapat berita ini?… Orang tengah menghadapi satu peristiwa yang bermakna, bersejarah, memberi skrol, awak nak bawa berita khabar angin seperti ini. Saya rasa tidak sesuai, kita tangguhkan di waktu lain.

“Tetapi bukan hari ini dan bukan waktu itu, saya tahu anda semua rakyat Malaysia yang memiliki sikap saling menghormati dan ini adalah sikap kita,” katanya.

Katanya lagi, isu tersebut hanya akan dijawabnya ada sidang media yang lain.

“Saya tak fikir sesuai bincangkan perkara itu, khabar angin itu, pembantu ke apa sajalah. You don’t want to be party crashers (kamu jangan jadi macam tetamu tak diundang).

“Orang sedang menghadapi satu peristiwa yang bermakna, bersejarah, memberi scroll (untuk ijazah), awak nak bawa berita yang khabar angin sebenarnya. Saya rasa tidak sesuai.

“Kalau inginkan penjelasan tentang isu ini, kita akan bincang kemudian. Setiausaha akhbar saya akan undang kamu semua,” tambahnya.

Maszlee sebelum ini dilapor akan melepaskan jawatan sebagai Presiden UIAM dalam masa terdekat.

Menurut laporan itu, keputusan dibuat selepas Maszlee mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk diberi nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.