Mahathir Akhirnya Mengaku Desak Ahmad Zahid Bubar UMNO

KUALA LUMPUR – Penngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku beliau telah mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

“Saya suruh bubar kerana secara benarnya sudah tiada UMNO cuma hanya badan yang berdaftar tiada lagi prinsip.

“Tiada guna kekal dalam parti yang mengutamakan duit sebab itu UMNO macam itu perlu dibubar,” kata Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dalam siaran video di facebook PPBM semalam.

Pengakuan Dr Mahathir itu sekaligus mengesahkan kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang mendedahkan beliau dan beberapa pemimpin utama UMNO telah dipanggil bertemu Pengerusi PPBM itu dan didesak membubarkan parti.

“Dalam perjumpaan itu, beliau (Dr Mahathir) kata itu (mesej) sangat jelas dan nyata bahawa kamu mesti lompat parti dan sertai PPBM. Kamu mesti bubarkan Umno,” kata Ahmad Zahid pada akhir bulan lepas.

Ahmad Zahid berkata, jika beliau tunduk kepada desakan Dr Mahathir itu berkemungkinan tiada siasatan atau tuduhan berkaitan pecah amanah dan rasuah yang perlu dihadapinya.

“Saya amat yakin jika saya ambil keputusan untuk lompat parti bersama 5 yang lain ke parti yang kerusinya sedikit dan saya bersetuju untuk bubarkan Umno, BN pasti tiada tuduhan,” katanya.

Berita Berkaitan;-
Mahathir Minta UMNO Dibubarkan – Zahid
Tindakan Ke Atas Ahmad Zahid Kerana Enggan Tunduk Desakan Bubar UMNO
“Khairuddin Yang Kata Saya Penipu Itulah Atur Pertemuan Dengan Dr Mahathir” – Ahmad Zahid

Namun disebabkan beliau dan pemimpin UMNO bertegas tidak tunduk kepada desakan tersebut, Ahmad Zahid berkata mereka perlu bersedia berdepan dengan tekanan siasatan dan tuduhan.

“Pasti pemimpin-pemimpin Umno akan terus disiasat, akan turut diheret ke mahkamah. Saya yakin dan pasti,” ujarnya lagi mengenai risiko yang akan dihadapi bila enggan tunduk kepada desakan membubarkan UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam sebelum ini juga pernah mendedahkan siasatan dan tuduhan terhadap Ahmad Zahid dan pemimpin lain bertujuan melemahkan parti itu setelah enggan tunduk desakan membubarkan UMNO.

“Apabila ‘jeneral’ Umno ditahan, mereka mahu lihat kita lemah dan longlai. Mereka boleh tekan kita, tetapi kita akan lawan, lagi kuat kita lawan demi Umno,” katanya. – SuaraTV

One thought on “Mahathir Akhirnya Mengaku Desak Ahmad Zahid Bubar UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.