Kontroversi Jumlah Ahli Cabang Julau Boleh Jahanamkan PKR, Kata Azmin

KUALA SELANGOR ― Isu penambahan mendadak ahli PKR sehingga 13,000 orang di Julau, Sarawak boleh “menjahanamkan parti”, kata timbalan presiden PKR.

Sehubungan itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) supaya bertindak segera, lapor Utusan Online.

“Ini satu perkara yang tidak boleh diketepikan, masalah dibangkit itu masalah serius yang boleh menjahanamkan parti,” katanya.

“Sebab itu, kita mendesak setiausaha agung dan JPP ambil serius pandangan ini kerana bukti dikemukakan itu terlalu kukuh dan tidak boleh untuk diketepikan begitu saja.”

Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata ketika mengkritik ketelusan sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PKR sendiri juga perlu muhasabah.

Cabang PKR Julau dipalit kontroversi berikutan peningkatan mendadak ahlinya daripada sekitar 600 kepada 13,000 orang. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.