Farid Kamil Gagal Dihubungi, Belum Beri Keterangan Dakwaan Rasuah RM5 Juta – Polis

SHAH ALAM – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari masih belum hadir memberi keterangan berhubung dakwaan diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah meminta suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu untuk hadir bagi diambil keterangan melalui adiknya .

“Kita telah cuba untuk menghubungi Farid Kamil tetapi gagal. Oleh demikian, kita telah menghubungi adiknya bagi memaklumkan perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Semalam, Polis Selangor memaklumkan akan memanggil Farid Kamil dalam masa terdekat susulan dakwaan pelakon itu mengatakan dirinya cuba diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam, 43.

Laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 6 petang kelmarin di Balai Polis Kota Damansara dekat sini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.