Bukan Mohon Maaf, Wan Saiful Perlu Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Tidak perlu memohon maaf kerana kegagalan Pakatan Harapan melaksanakan janji untuk menangguhkan pembayaran pinjaman itu sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000 sebaliknya Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan perlu melepaskan jawatannya.

Demikian kata mantan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menerusi Twitternya.

“Maka apa yg sdr perlu lakukan? Ikut cadangan Tun @chedetofficial yg mengkagumi amalan berani Jepun dgn lakukan Harakiri bila ternyata gagal.

“Tak perlu guna Samurai atau Bon Samurai. Bagi kerusi Pengerusi PTPTN pd yg layak dan mampu laksana janji. Nokhtah,” katanya merujuk kenyataan penulis Buku Harapan itu yang secara terbuka dilaporkan memohon maaf kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman PTPTN.

Wan Saiful berkata, agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan, namun gagal.

Pakatan Harapan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November yang lalu berkata peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 sebulan perlu membayar balik pinjaman dengan cara potongan gaji antara 2% hingga 15%.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.