Zul Ariffin Kembali Bersama Bekas Kekasih?

Pasti ramai yang mengetahui kontroversi yang melanda dua pasangan selebriti Kamal Adli dan Emma Maembong yang dikatakan begitu rumit.
Malah lebih mengeruhkan keadaan apabila sengketa ini membabitkan pula kekasih Zul Ariffin, Zahirah Macwilson hingga menyebabkan hubungan di antara Zul dan Zahirah semakin dingin.

Tiada angin dan ribut tiba-tiba, timbul pula dakwaan yang mengatakan pelakon Titian Cinta ini telah kembali kepada bekas kekasihnya, iaitu penerbit filem J Revolusi, Gayatri Su-Lin Pillai, petik MH.

Dakwaan itu mula disebarkan apabila aktor itu terlibat dalam penggambaran filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid di sebuah hutan di Taiping sementara Gayatri ialah penerbit filem berkenaan.

Menurut sumber mereka berdua turut kelihatan beberapa kali menghabiskan masa bersama.

Pengakuan seorang peminat melalui portal mStar memberitahu ada melihat Zul dan Gayatri menghabiskan masa bersama di kampung halaman Zul iaitu di Taiping, Perak beberapa hari lalu.

Nemun perkara tersebut masih menjadi tanda tanya peminat aktor berbadan sasa itu.

Pada tahun 2012, Zul dan Gayatri telah menjalinkan hubungan cinta, namun hubungan mereka terputus tengah jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.