Terharu PM ‘Sporting’

“Tak sangka Perdana Menteri ‘sporting’ apabila turut melentokkan kepalanya,” kata pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak.

Semalam, Zizan, 33, menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 yang disampaikan Datuk Seri Najib Razak di majlis Minggu Media Sosial Malaysia 2017.

“Sebenarnya, saya tidak menjangka akan menerima pengiktirafan ini dan tetap hadir walaupun sibuk.

“Terharu anugerah ini disampaikan sendiri Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Jelas pelakon itu, dia melentokkan kepalanya di bahu Najib sebagai tanda penghargaan dan tiada niat mahu bergurau.

 

“Bagi saya tindakan itu tidak salah kerana ia sebagai tanda kasih sayang dan menghargai anugerah yang diberikan. Malah, beliau turut melentokkan balik kepalanya,” katanya.

Gambar Zizan melentokkan kepalanya di bahu Perdana Menteri turut dikongsi Najib dalam akaun Instagram milik beliau.

Zizan yang mempunyai 4.4 juta pengikut di Instagram berkata, dia memanfaatkan media sosial dengan berkongsi perkembangan karier seninya.

“Saya tidak menyalah guna media sosial. Walaupun dikecam netizen, saya tidak cepat melatah sebaliknya menganggap ia dugaan kecil anak seni,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.