Putrajaya Masih Membayar 21 Kakitangan Ditugaskan Untuk Mahathir – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 9 November 2017

Sangat-sangat remeh. Tidak pernahkah anda terfikir bahawa syarikat-syarikat swasta itu menggantikan anda kerana mereka mendapati anda tidak sesuai?

Maksud saya, bukankah prestasi anda sebagai Pengerusi Proton tidak begitu hebat?

Malah, untuk berapa lama lagi jawatan itu harus diberikan kepada anda? Untuk selamanya?

Malah, nampaknya pembantu-pembantu rumah dan pegawai-pegawai itu diganti – bukannya diberhentikan terus tanpa diganti. Maksud anda, mereka sepatutnya berkhidmat untuk anda sehingga akhir nyawa mereka?

Jadi, lebih banyak wayang dari Tun.
——–
Dr M mengadu kakitangan diganti

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan bahawa ramai kakitangannya yang telah lama berkhidmat untuknya telah digantikan oleh kerajaan persekutuan.

Beliau berkata antara mereka yang baru-baru ini digantikan ialah pengawal peribadinya, pengiringnya dan pembantu rumahnya.

Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri (PMD) hari ini menegaskan bahawa Putrajaya masih membayar untuk 21 kakitangan yang ditugaskan untuk Mahathir, dan tidak ada satu pun faedah yang diterima oleh bekas perdana menteri itu yang telah ditarik balik.

PMD berkata Mahathir menikmati faedah yang sama yang diberikan kepada semua mantan perdana menteri, mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Sebelum ini, pihak polis menafikan dakwaan Mahathir bahawa perkhidmatan pengawal peribadinya telah ditamatkan.

Walau bagaimanapun, Mahathir menegaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menarik balik sebahagian daripada faedah yang diterimanya, atau memastikan syarikat-syarikat swasta menjauhinya.

“Saya boleh senaraikan beberapa perkara yang telah mereka tarik balik. Ada beberapa perkara yang tiada kaitan dengan kerajaan juga telah ditarik balik.

“Saya merupakan canselor sebuah universiti swasta. Universiti ini telah diarahkan untuk menghalang saya daripada menjadi canselor. Sudah tentu (ini adalah arahan) kerajaan,” katanya.

Mahathir dipecat sebagai penasihat Proton pada tahun 2011, dan sebagai penasihat Petronas pada tahun 2016.

Tahun lepas juga menyaksikan Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton Holdings, canselor Universiti Teknologi Petronas, serta dari Lembaga Pembangunan Langkawi dan Lembaga Kemajuan Pulau Tioman.
—-
https://www.malaysiakini.com/news/401409

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.