Pencemaran Udara Di Ibu Kota India Seperti ‘Bilik Gas’, 10 Kali Lebih Teruk Dari China

NEW DELHI – Pencemaran udara teruk telah menjadikan ibu negara India sebagai “bilik gas”. Asap tebal yang beracun didapati semakin parah dan pada hari kedua pencemaran udara ini telah menyelubungi New Delhi, India.

Dikatakan pencemaran udara di kota tersebut 10 kali lebih teruk dari yang pernah terjadi di Beijing. Keadaan tersebut telah menyebabkan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Orang ramai juga diminta untuk membeli penjernih udara (air purifier) dan topeng penyaring udara.

Ketua Menteri India Arvind Kejriwal sampai menyebut New Delhi sebagai “bilik gas” iaitu  sebuah ruangan tertutup yang digunakan untuk membunuh manusia atau haiwan  menggunakan gas beracun.

Sejumlah ahli majlis tertinggi khuatir  terhadap situasi di New Delhi yang boleh dikatakan darurat.

“Situasi yang terjadi sekarang adalah yang terburuk yang pernah saya alami selama 35 tahun hidup di New Delhi ini,” jelas seorang pakar bedah hospital Sir Ganga, Arvind Kumar.

Menurut Kumar, sebagai seorang doktor, keadaan tersebut perlu diatasi dengan memindahkan penduduk dari Kota Delhi.

“Tutup semua sekolah dan pejabat,” kata Kumar lagi.

Kualiti udara yang buruk di ibu negara itu, telah mendorong Kementerian Kesihatan meminta penduduk untuk tinggal di dalam rumah, terutama bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan.

“Orang ramai sebaiknya menghindari jalan raya pada pagi hari atau aktiviti-aktiviti luar,” demikian pernyataan Kementerian Kesihatan India.

Pencemaran udara yang terjadi di New Delhi itu merupakan yang terburuk yang pernah terjadi di ibu kota tersebut selama hampir 20 tahun ini.

Pelepasan asap kenderaan dikatakan sebagai penyebab utama dan punca pencemaran udara juga datang dari aktiviti pembakaran sisa ladang dan pertanian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendedahan kepada pencemaran di bawah paras 50 masih dianggap baik untuk kesihatan, sementara di atas 300 dianggap berbahaya.

Pencemaran udara di Beijing telah direkodkan pada sekitar 76, manakala di Delhi ia adalah 833.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.