Pembangkang Salahkan Kerajaan Projek Tebatan Banjir – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 10 November 2017

Parti-parti tertentu telah cuba menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak memberi mereka dana RM150 juta untuk projek tebatan banjir Sg. Pinang.

Inilah fakta-faktanya:

1) Jumlah RM150 juta ini, yang merupakan sebahagian daripada projek yang lebih besar, telah dijanjikan kepada Kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2008 dengan syarat bahawa Kerajaan Pulau Pinang melakukan bahagian mereka dengan membersihkan tebing sungai di kawasan setinggan.

Projek pelebaran sungai tidak dapat dimulakan jika penduduk setinggan berada di kawasan tebing sungai.

Kerajaan Pulau Pinang hanya berjaya memenuhi bahagian mereka selepas Mac 2016 – dengan itu layak mendapat dana itu dalam bajet yang seterusnya.

“Perjanjian dengan kerajaan persekutuan adalah kerajaan negeri Pulau Pinang akan membersihkan kawasan setinggan di sepanjang Sungai Pinang itu dan memberikan mereka perumahan. Sementara itu, kerajaan persekutuan akan memperuntukkan wang untuk pelebaran sungai di bawah projek tebatan banjir. Sekarang, negeri ini sudah hampir memindahkan semua penduduk setinggan, namun peruntukan itu masih belum diluluskan,” Jagdeep berkata pada sidang akhbar pada 2 Mac 2016 di Jalan P. Ramlee.

Oleh itu, sebarang kelewatan pada peringkat ini adalah kerana Kerajaan Pulau Pinang.

Kerajaan Persekutuan kemudian memenuhi bahagian mereka dalam perjanjian tersebut apabila Menteri Persekutuan Wan Junaidi mengumumkan peruntukan RM150 juta untuk tahun 2017 pada 8 November 2016:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/federal-govt-to-give-penang-rm150m-for-now-to-tackle-flood-woes#HQauM7zFX1kLvOIe.97

2) Walaupun dana itu kini telah diperuntukkan, kelewatan dalam membelanjakan wang itu pada tahun 2017 bukanlah disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Projek tebatan banjir yang dirancang di Pulau Pinang hanya boleh bermula menjelang akhir tahun 2017, dan akan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk selesai, EXCO Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap tebatan banjir, Chow Kon Yeow, berkata pada April 2017.

Chow berkata ini kerana proses tender dan kajian lain yang berkaitan perlu dijalankan terlebih dahulu.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/03/tender-process-blamed-for-flood-mitigation-project-delays/

Oleh itu sebarang kelewatan sehingga ke peringkat ini sekali lagi disebabkan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan tabiat biasa mereka dimana “kajian” selalunya lambat untuk diselesaikan.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.