Pelajar Tahfiz Belajar Padam Kebakaran

KAMUNTING – Seramai 25 pelajar bersama tiga guru dari Maahad Tahfiz An-Nur Kampung Paya Baru, Kamunting, Perak berpeluang mengikuti latihan kebakaran bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting.

Pengerusinya, Yusof Muri berkata, pihaknya berbesar hati apabila Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting sudi menjayakan demonstrasi memadam kebakaran kepada warga maahad tahfiz ini, lapor Sinar.

Menurutnya, semua pelajar tahfiz ini adalah perempuan dan mereka juga perlu diberi pendedahan berhubung aspek keselamatan terutama untuk memadam kebakaran.

“Saya yakin latihan ini amat berguna bukan sahaja kepada pelajar tetapi guru, supaya mereka tahu bertindak sekiranya berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Tambah Yusof, latihan seumpama itu perlu dilaksanakan secara berterusan agar semua pelajar sentiasa bersiap sedia.

“Dalam masa sama, kita juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting kerana menjayakan latihan dan demonstrasi kebakarankali ini.

“Kita juga berharap kerjasama ini akan berterusan dari masa ke semasa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.