Mahathir dan Kenaikan Harga Minyak – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 9 November 2017

Ketika Mahathir mula-mula menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, harga petrol adalah 89sen seliter.

Pada tahun 1990, beliau menaikkannya kepada RM1.10.

Pada 20 Oktober 2000, beliau menaikkannya kepada RM1.20. Dan kemudian RM1.30 pada 20 Oktober 2001.

Beliau kemudian menaikkannya sebanyak 3 kali lagi dan pada masa beliau bersara sebagai PM, harga petrol adalah RM1.35 seliter – 52% lebih tinggi dari harga sebelum beliau menjadi PM.

Tidak sekali pun Mahathir pernah menurunkan harga petrol dalam 22 tahun beliau menjadi PM.

Pada tahun 2002, Mahathir dan Muhyiddin berkata bahawa subsidi petrol tidak mapan kerana pengeluaran minyak Malaysia telah diatasi oleh penggunaan kita sendiri – maka harga petrol perlu dinaikkan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Anda juga harus ingat bahawa pada masa Mahathir, harga minyak dunia adalah rendah dan berharga antara AS$10 hingga AS$20 setong manakala kadar pertukaran kita ialah AS$1 kepada RM2.40 – berbanding dengan AS$60 setong sekarang.

Perbezaan itu juga adalah kerana Mahathir telah mengenakan cukai petrol pada harga 58 sen seliter hampir sepanjang tempoh pemerintahannya.

Semasa Najib pertama kali menjadi Menteri Kewangan pada bulan September 2008, harga petrol ialah RM2.55 seliter untuk RON97 dan RM2.40 untuk RON92.

Najib kemudian memperkenalkan RON95 untuk menggantikan RON92 dan secara beransur-ansur mengurangkan harga kepada RM1.80.

Bagaimanapun, disebabkan subsidi menyeluruh yang menjadi semakin tidak mampan, harga petrol diapungkan pada bulan November 2014.

Selepas ia diapungkan, harga telah turun naik dan pernah menjadi semurah RM1.60 untuk tempoh berbulan-bulan.

PM Najib tidak lagi mengawal harga petrol kerana kini pasaran yang menentukan harga. Oleh itu, tidak ada seorang pun, terutamanya ahli politik Pakatan, yang pernah memuji Najib ketika harga jatuh kepada RM1.60 sebelum ini.
(tetapi anehnya apabila harga naik, Najib dipersalahkan – dan bukannya pasaran)

Sekarang ia telah kembali kepada RM2.31 semalam disebabkan ketegangan di Arab Saudi – tetapi ia masih berada antara 17 teratas dengan harga petrol termurah di dunia.

Pada harga RM2.31 ini, ia masih lebih murah daripada RM2.55 seliter ketika Najib menjadi Menteri Kewangan.

Anda juga harus mengambil perhatian bahawa bajet alternatif Pakatan untuk tahun 2018 juga tidak lagi mempunyai subsidi bahan bakar menyeluruh tetapi hanya akan memberikan pengurangan 20sen kepada pemilik motosikal dan kereta di bawah 1,000cc.

Bahkan pembangkang sekarang tahu bahawa subsidi menyeluruh untuk petrol tidak memberi manfaat kepada negara.

Untuk pemahaman yang lebih baik sama ada harga petrol Malaysia adalah munasabah, sila baca: http://limsiansee.blogspot.my/2017/10/is-malaysias-petrol-price-too-cheap-or.html

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.