Kucing Kesayangan Milik PM New Zealand Mati Dilanggar Kereta

Bagi pencinta haiwan, kehilangan binatang peliharaan adalah hal yang sangat menyedihkan.

Kucing berwarna jingga yang bernama Paddles milik Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berhadapan kemalangan tragik apabila mati dilanggar kereta.

Insiden itu mendapat perhatian meluas di media sosial baru-baru ini susulan populariti kucing itu yang melonjak bukan sahaja kerana ia milik Ardern tetapi juga kerana keunikan haiwan itu yang memiliki enam jari kaki.

Ardern mengumumkan kematian Paddles pada hari Rabu di Instagramnya, sekaligus menyebabkan ramai pecinta haiwan berkenaan terkejut dan berasa sedih.

Paddles mula terkenal di media sosial ketika Ardern mengambil alih kepimpinan Parti Buruhnya pada usia 37 tahun, Ogos lalu.

Kerana kepopularannya itu, sebuah akaun twitter ‘First Cat of NZ” telah ditubuhkan pengguna tanpa nama pada bulan lepas, khas bagi menampilkan aktiviti Paddle bersama ‘mummy Ardern’.

Akaun berkenaan berjaya menarik 11,000 pengikut.

Hashtag #Prrpforever turut diwujudkan pengikutnya khas bagi memberi ucapan takziah ke atas kematian kucing kesayangan New Zealand itu.

View image on Twitter
View image on Twitter

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.