Ia Pencapaian Luar Biasa: Zizan

KUALA LUMPUR: Pelawak, Zizan Razak, menyifatkan anugerah Ikon Media Sosial yang diterima pada acara Minggu Media Sosial Malaysia 2017 di sini, semalam, sebagai antara penghargaan terbesar buat dirinya.

Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata, lebih membuatkannya terharu, anugerah berkenaan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sukar untuk saya menggambarkan perasaan, tetapi saya sangat berbesar hati dan terharu apabila Perdana Menteri sendiri yang menyampaikan anugerah terbabit.

“Ia pencapaian luar biasa dan saya berbangga kerana dipilih sebagai Ikon Media Sosial 2017,” katanya kepada BH Online.

Zizan berkata, anugerah yang diperolehnya itu mungkin disebabkan sikap beliau yang tidak cepat melatah di media sosial biarpun pelbagai isu atau kontroversi yang tercetus.

“Saya sendiri kurang pasti atas dasar apa penganugerahan ini diberikan kepada saya. Namun saya anggap, mungkin saya bukan seorang yang mudah melatah dan menggunakan media sosial untuk melepaskan geram, saya kurang pasti,” tuturnya.

Tambah Zizan, sebagai seorang selebriti, beliau perlu bijak menggunakan media sosial dan bertanggungjawab dengan setiap perkara yang ditulis agar tidak menimbulkan spekulasi atau persoalan bagi mereka yang membacanya.

Sehingga kini, pelakon filem Polis Evo dan Abang Long Fadil itu mempunyai seramai 4.4 juta pengikut di Instagram dan 2.5 juta pengikut di Twitter.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.