Doa-Doakan Sahaja- Johan

KUALA LUMPUR – “Doa-doakan sahaja.” Hanya itu yang dibalas pelawak dan penyampai radio, Johan Yazid tatkala ditanya sama ada benar atau tidak isterinya, Ozlynn Watie kini hamil anak kelima.

Menerusi ruangan komen di laman sosial Instagram pelawak itu, ramai peminat tertanya-tanya tentang status kehamilan isterinya setelah Johan memuat naik video yang mengundang pelbagai spekulasi.

 

Dalam video tersebut, Ozlynn memuji sikap rajin Johan yang sedang mengemas bahagian depan rumahnya. Pelawak tersebut sempat berkata “mengenangkan sahaja. Dorang (mereka) sudah tahu belum?” yang telah menimbulkan dakwaan kehamilan itu.

“Hahaha…doa-doakan sahajalah. Mudah-mudahan,” jawab Johan ringkas kepada UTUSAN ONLINE.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.