Chef Wan Nak Cekik Orang?

Terbaru menerusi akaun Instagram Chef Wan ada berkongsi sedikit pendapat peribadinya agar setiap individu menghormati agama sesama sendiri.

Menurutnya, sebelum kita ingin orang lain menghormati agama kita, kita haruslah tunjuk tauladan yang baik pada agama lain.

“Jika saya boleh keluar dari kubur dan mampus saya cekik-cekikkan manusia-manusia yang tidak pandai menghormati budaya kaum-kaum lain ini.

“Kita nak orang hormati agama kita tetapi kita pula yang tunjuk perangai kurang ajar kita kepada bangsa asing.

“Bila orang mengutuk agama atau bangsa kita pandai pulak nak melatah dan moroyan.

“This are an example of all this selfish human beings in this world that only think of themselves and no one else.

“Perhaps tolerance and respect is never in their system.

“All they wish to do is to corrupt this world with their ridiculously ideology and then spread hatred and vengence….destroy everything in its path and ruin our peace in this world,” tulis Chef Wan di ruang kapsyen, petik MH.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pandangan chef nombor satu Malaysia itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.