Bertemu Dari Laman Web Temu Janji, Wanita Ini 6 Tahun Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Lelaki Kejam Ini

Seorang wanita Russia terpaksa menghadapi kenyataan pahit setelah bertemu dengan seorang lelaki di laman web temu janji dalam talian.

Wanita malang itu telah digunakan sebagai budak seks dan sering mengalami keganasan fizikal selama enam tahun hidup dengan lelaki kejam itu.

Bukan itu sahaja, wanita malang itu tidak dibenarkan keluar dari rumah dan seperti tinggal di penjara.

Seperti yang dilaporkan Mirror, lelaki keji yang bernama  Rinat Bilyanov kini sedang disiasat oleh polis Rusia berhubung tuduhan melakukan tebusan dan penyeksaan terhadap pasangannya.

Selama 6 tahun dijadikan sebagai tebusan oleh Bilyanov, wanita tersebut mempunyai empat anak hasil hubungan berkenaan.

Wanita yang disiksa dan anaknya

Lebih kejam lagi,  lelaki itu turut memukulnya di hadapan anak-anak mereka.

Luka memar wanita Rusia tersebut

Wanita itu mengaku bahawa Bilyanov tidak pernah mengizinkannya keluar dari rumah mereka yang sempit itu. Bahkan Bilyanov mengatakan pada anak-anak mereka agar memukulnya ketika mereka dewasa nanti.

“Dia mengatakan kepada anak kami : ‘Apabila kamu dewasa, kamu harus terus memukulnya seperti ini, tinju dan tendang dia, kerana dia sangat buruk.” Kata wanita itu, seperti dilaporkan dari Mirror.

Pasangan ini bertemu di sebuah laman web temu janji dan pencarian jodoh untuk etnik Muslim Tatar.

Bilyanov tidak berkahwin secara rasmi tetapi mereka hanya menjalani upacara perkahwinan secara keagamaan

Wanita yang disiksa dan dijadikan budak seks
Wanita yang disiksa dan dijadikan budak seks (Mirror)

Wanita berusia 20-an itu dikurung bersama empat anak mereka di sebuah pangsapuri kecil di daerah Pushkino, Moscow, Russia.

Daa mengaku apartmen tersebut tertutup dengan rapat dan tingkapnya tidak boleh dibuka sehingga dia tidak tahu siang atau malam.

Menurut penguamnya, wanita itu telah hamil empat kali sewaktu dia tinggal di ‘neraka’ itu.

“Kami terkunci di dalam ‘neraka’  itu sepanjang waktu. Saya tidak boleh pergi kemana-mana. Anak bongsu saya hanya pernah keluar sekali seumur hidupnya,” katanya.

Bilyanov kadang-kadang bawa anak-anaknya keluar, tapi wanita itu akan tetap dikurung di dalam rumah.

Wanita yang disiksa
Wanita yang disiksa (Mirror)

“Dia menendang saya, memukul saya dengan tongkat,” katanya sambil menunjukkan bukti luka-lukanya.

“Saya menderita selama enam tahun, dia memukul saya dan anak-anak melihatnya. Dia pernah mematahkan tongkatnya ketika memukul saya.,” katanya.

Dia akhirnya berjaya menyelinap dalam diam dan menghubungi polis yang kemudian membebaskan dia bersama keempat anaknya setelah menyerbu apartmen tersebut. Polis memecahkan pintu bagi menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya.

Sang wanita dan keempat anaknya
Sang wanita dan keempat anaknya (Mirror)

Polis sedang menyiasat kes ini, dan kemungkinan pesalah akan dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun.

“Pukulan kejam pertama terjadi ketika anak pertama kami lahir.  Ketika itu saya sedang menyusui, saya hamil lagi. Dia berkata saya boleh  meninggalkan apartmen itu hanya setelah ibu bapa saya membayar RM14 juta”

“Kami tidak boleh untuk melarikan diri kerana hanya suami saya yang memiliki kuncinya,” kata wanita berkenaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.