Bakal Pengantin lelaki Terkena Tembakan Di Kaki, Tangan, Dan Alat Sulit Sehari Sebelum Hari Perkahwinannya

Seorang bakal pengantin lelaki di Mesir mengalami kejadian yang mengerikan sehari sebelum pernikahannya.

Dalam pesta di malam menjelang perkahwinan , terdapat perayaan yang dikatakan menjadi adat dilakukan di Mesir dan di negara-negara di Timur Tengah, iaitu mengeluarkan tembakan ke udara.

Tapi peluru dari tembakan tersebut mengenai kaki, tangan, dan alat sulit bakal  mempelai lelaki yang bernama Osman al-Alsaied tersebut.

Polis mengatakan bakal pengantin lelaki itu dibawa ke hospital, sementara siasatan kes dijalankan.

“Sebaik sahaja kami mendapat laporan, beberapa ahli datang ke tempat kejadian dan segera disiasat,” kata polis.

Carian awal menunjukkan suspek adalah seorang lelaki berusia 26 tahun yang ditembak tidak sengaja pada bakal pengantin itu. Identiti suspek diketahui dan dia melarikan diri tetapi kemudian ditangkap

Insiden ini mencetuskan protes netizen yang mendesak perayaan dengan mengeluarkan tembakan ke udara sepatutnya diharamkan.

Pengguna Facebook bernama Nana Ahmed berkata, “Hancur sudah perkahwinannya.”

Tembakan ke udara yang menyebabkan mangsa di Mesir seperti ini bukan yang pertama. Oktober tahun lalu, seorang tetamu perkahwinan terkena peluru tembakan perayaan dan memerlukan rawatan di hospital. Pasukan perubatan melakukan pembedahan bagi mengeluarkan beberapa peluru yang melanda pahanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.