80% Tubuh Anaknya Dipenuhi Tahi Lalat Hitam Yang Boleh Bawa Maut, Begini Keadaannya Sekarang

Ketika Dylan Little dilahirkan, badannya dipenuhi dengan tahi lalat hitam yang menutupi 80 persen tubuhnya. Kedua ibu bapanya Kara dan Nikki menjadi panik melihat keadaan anaknya itu. Bahkan, bahagian punggung Dylan semuanya menjadi hitam.

Tanda lahir yang dimiliki budak yang berasal dari Jonesboro, Georgia, Amerika Syarikat ini bukanlah tanda lahir yang biasa.Malahan , tanda lahirnya boleh mengancam nyawa.

Dylan Little

Dilaporkan newsely.com, Dylan Little dilahirkan dalam keadaan yang jarang berlaku disebut Giant Congenital Melanocytic Nevus.

Bintik hitam tersebut boleh berkembang menjadi kanser kulit yang boleh membawa maut.

Dylan Little

Dylan Little

Jika pembedahan tidak segera dilakukan, maka nyawa Dylan berada dalam bahaya.Jadi untuk menyembuhkan Dylan, doktor menginjek implan (yang serupa untuk implan payudara) di bawah kulit sihat Dylan.

Kerana tanda hitam di punggung Dylan sangat besar, maka pemindahan kulit perlu dilakukan.

Dylan Little

Dylan perlu melalui 29 kali pembedahan yang menyakitkan demi mengangkat tanda hitam besar di punggungnya serta tanda hitam kecil yang menyebar di seluruh tubuhnya.

Secara berperingkat, kulit di bahagian punggung Dylan tergantikan.

Dylan Little

Doktor berjaya menghilangkan lebih dari setengah tanda lahir pada tubuh Dylan.

Kedua ibubapa Dylan yang terlalu sayangkan anaknya itu mengumpul dana di GoFundMe untuk membayar rawatan Dylan.

Dari target RM29, 346.10, yang dapat dikumpulkan sekarang sebanyak RM21,779.00 dengan harapan Dylan boleh sembuh sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.