Remaja Lelaki Curi Bedak Asas Di Pasar Raya

MELAKA – Seorang remaja lelaki mencuri dua tiub bedak asas di sebuah pasar raya farmasi dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

 

 

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, BK. Adrian, 20, selepas dia membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa kepadanya, lapor Kosmo.

 

 

Mengikut pertuduhan, Adrian yang berasal dari Bau, Sarawak didapati dengan niat curang telah mencuri dua tiub bedak asas jenama Silkygirl yang bernilai RM49.80 kepunyaan pasar raya Watson kira-kira pukul 7.45 petang di pasar raya Watson, Dataran Pahlawan di Jalan Merdeka, 7 November lalu.

 

 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

 

 

Terdahulu, tertuduh yang diwakili pelatih dalam kamar (PDK) merayu supaya hukuman diringankan dengan alasan perlu menjaga ibu yang sakit serta mengambil kira nilai barang curi yang tidak melebihi RM50.

 

 

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan Nora Yaacob memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal sebagai bentuk pengajaran.

 

 

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhi hukuman denda RM200 atau lima hari penjara jika gagal bayar. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.