Jumpa Bom Dalam Pasu Lepas Serbuan Dadah

IPOH – Serbuan narkotik di sebuah rumah dipercayai milik ketua sindiket pengedaran dadah membawa penemuan sebutir bom mortar yang masih aktif di Kampung Bagan Seberang, Kuala Kurau semalam.

 

 

Memetik laporan Kosmo, dalam serbuan pada pukul 4.30 pagi itu, bahan letupan bersaiz 60 milimeter tersebut dijumpai di dalam pasu di hadapan rumah terbabit.

 

 

Unit bom mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat persiapan bagi meletupkan bom itu di lokasi sama kerana jika dibawa keluar ia sangat berbahaya.

 

 

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner V. R. Ravi Chandran berkata, di rumah terbabit, seorang suspek lelaki berusia 47 tahun yang mempunyai 11 rekod jenayah ditahan.

 

 

Menurutnya, selain bom, polis menemui dadah jenis heroin seberat 1.2 kilogram serta syabu seberat 13 gram bernilai RM19,630.

 

 

“Polis kemudian menyerbu sebuah lagi rumah di Taman Seri Kurau pada pukul 7.15 pagi hari sama dan menahan seorang wanita berusia 25 tahun bersama dadah jenis syabu seberat 97.77 gram bernilai RM6,843.90,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.