Filipina Izin Malaysia Masuk Sempadan Maritim Bendung Aktiviti Penculikan

PUTRAJAYA – Filipina telah membenarkan pasukan keselamatan Malaysia masuk ke kawasan perairannya untuk menahan penculik dan kumpulan militan di pantai timur Sabah.

 

Keputusan ini dibuat pada mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Khamis.

 

Najib berkata, kebenaran itu diberikan Duterte bagi membendung aktiviti penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.

 

Tambahnya, aktiviti berkenaan memberi kesan yang mendalam terhadap kedua-dua negara.

 

Tahun ini sahaja seramai 10 warga Malaysia telah diculik oleh kumpulan militan dan ia menyebabkan usaha mencari diperhebatkan.

 

Selain Filipina, Indonesia juga membenarkan Malaysia untuk memasuki kawasan sempadan untuk tujuan sama.

 

“Saya hargai cara Presiden Duterte dalam menyelesaikan permasalahan ini.

 

“Menteri Pertahanan dari ketiga-tiga negara akan berjumpa dan berbincang mengenai prosedur operasi standard yang akan dilaksanakan kelak,” kata Najib selepas berbincang dengan Duterte.

 

Lawatan selama dua hari ini merupakan kali pertama buat Duterte sejak dilantik sebagai Presiden Filipina pada Jun. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.