Video: Kenyataan JPJ Nak Orang Ramai Mati Menjadi Bahan Lawak Dan Viral Di Internet

Kuala Lumpur -Kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),  Datuk Seri Ismail Ahmad berhubung angka kematian maut baru-baru ini menjadi bahan lawak media sosial dan disebarkan secara meluas melalui aplikasi WeChat, Telegram dan Whatsapp.

Di dalam klip video tersebut Ismail ketika ditanya wartawan dari Astro Awani berkata pihaknya menjangkakan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya akan meningkat sebanyak 10,716 kes.

“Kita jangka rakyat negara kita akan mati (akibat kemalangan) sebanyak 10,716 menjelang tahun 2020, jadi usaha-usaha (yang dijalankan) kita ini adalah untuk mengurangkan rakyat mati diatas jalan raya kerana kita (JPJ) mempunyai KPI.

“Kita nak orang ramai mati 5,358 orang sahaja menjelang tahun 2020 (dan) ini dari segi teorilah” katanya di dalam klip video berdurasi 0:45 saat itu.

Walaupun pada hakikatnya kenyataan hanyalah merujuk kepada statistik dan perangkaan yang dilakukan, namun disebabkan penuturan tersebut tidak mengunakan gaya bahasa yang betul ia telah disebarkan secara meluas dan menjadi bahan lawak para penguna media sosial khususnya Facabeook.

JPJ sebelum ini melancarkan operasi penguatkuasaan besar-besaran osebagai satu langkah untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

Tindakan JPJ memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, ‘strobe light’ dan lampu HID serta cermin gelap melalui Operasi Khas itu menerima kecaman dan kritikan hebat dari para penguna media sosial.

Operasi berkenaan dikecam hebat kerana dikatakan menyusahkan pengguna jalan raya dan menjadi punca kesesakan sehingga hampir dua jam.

Disebabkan itu JPJ akhirnya menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan itu.

Menurutnya Ismail, perasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

 

Baca: Selepas Dikritik Hebat, JPJ Akhirnya Kaji Semula Operasi Lampu strobe Dan Nombor Plat

 

Baca: JPJ Diarah Bayar Ganti Rugi RM76,835 Kepada Peniaga

 

Baca: Lelaki Ludah Pegawai JPJ Kerana Tak Puas Hati

 

Baca: Ops Khas: JPJ Terima Kecaman Hebat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.