Video: Fahmi Zainol Dihalau Dari UMS Sebelum Ditangkap Polis

Kuala Lumpur – Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PPMUM) Fahmi Zainol ketika jelajah kempennya di Sabah semalam, dihalau oleh warga Sabah yang tidak senang dengan kehadirannya yang didakwa ingin menghasut masyarakat di sana.

Melalai rakaman video yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial petang tadi turut memaparkan dia dimaki dan dimarahi sebelum ditahan polis kerana didakwa menyebabkan kekacauan ketika sedang berucap di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam satu himpunan tanpa kebenaran di Jalan Gaya, malam tadi.

Fahmi bersama tujuh lagi rakannya ditahan selepas mereka diarah beredar kerana mengadakan perhimpunan di kampus berkenaan.

Tiada pendakwaan dibuat terhadap mereka setakat ini.

Menurutnya dia dhalau ketika sedang memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku di Universiti Malaysa (UM) pada malam pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ’40 Tahun, Dari UM Ke Penjara’, 27 Oktober lalu.

Umum mengetahui Fahmi dan tujuh lagi rakan universitinya sedang menghadapi tindakan tatatertib dari UM selain turut dikenakan pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.