Tiada Siapa Yang Dapat Kejar Chelsea

London – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya tiada kelab yang akan dapat kejar pendahulu Liga Perdana musim ini, Chelsea.

The Gunners kalah 2-1 di tangan Swansea, jauh ditinggalkan 12 mata di belakang pasukan Jose Mourinho.

Chelsea telah memenangi sembilan daripada 11 perlawanan mereka musim ini dan mempunyai 29 mata iaitu lebih empat daripada Southampton yang kini menduduki tangga kedua.

“Jika mereka kekal momentum ini tiada siapapun dapat atasi mereka,” kata Wenger.

“Nampaknya seperti tak ada orang yang mampu mencabar mereka pada masa ini.”

The Blues bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield pada hari Sabtu dan Wenger yakin mereka adalah pasukan yang penuh dengan keyakinan.

“Lihatlah musim ini dan bilangan mata yang mereka ada hari ini dan jika mereka kekal ini pastinya tiada orang yang mampu kejar mereka.

“Mereka mempunyai satu permulaan yang baik dan selagi anda tidak kalah jangan mempersoalkan diri sendiri,” kata Wenger.

Wenger menambah bahawa beliau kecewa melihat pasukannya sendiri yang sudah mendahului di Stadium Liberty kemudian tidak dapat capai kemenangan.

The Gunners mendahului menerusi jaringan Alexis Sanchez sebelum Gylfi Sigurdsson dan pengganti Bafetimbi Gomis menukar keputusan permainan memihak kepada Swans.

Kekalahan itu adalah buruk bagi Wenger selepas kekalahan The Gunners 3 -3 kepada Anderlecht dalam saingan Liga Juara-Juara.

Arsenal, yang jatuh kepada tangga keenam dalam jadual, telah kehilangan lebih banyak mata daripada menang berbanding pasukan lain Liga Perdana musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.