Syor SPRM Atasi Penerokaan H
aram Di Cameron Highlands

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius isu penerokaan haram di Cameron Highlands yang mendapat perhatian seluruh rakyat negara ini hingga perkara itu disifatkan sebagai ‘tragedi negara’.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya ada menerima laporan dan maklumat berkaitan dakwaan wujudnya jenayah rasuah di sebalik isu pene­rokaan haram tersebut dan sedang melakukan penyiasatan.

“Maklumat terbaharu diterima pada 5 November lalu berkaitan kebanjiran pekerja asing. Ada kes yang dibawa ke mahkamah dan pada 2013, SPRM telah mendakwa seorang peneroka haram yang cuba memberi sogokan RM20,000 kepada pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Ca­meron Highlands.

“Sebahagian maklumat dan aduan yang diterima tidak cukup bukti dan SPRM menghadapi kesukaran untuk menjalankan siasatan mendalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, SPRM juga mengenal pasti beberapa isu serius yang memerlukan tindakan segera di samping turut mengemukakan 12 syor bagi mengatasi isu tersebut.

Selain itu, SPRM juga akan membawa syor tersebut ke Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Kebangsaan pada 25 November ini memandangkan isu itu juga diyakini berlaku di tempat lain dan seterusnya bagi mengelakkan masalah yang sama berlaku hingga boleh mengakibatkan pelbagai bencana alam dan persekitaran, masalah sosial dan ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.